Jika perkara ini pun tidak boleh dijaga, maka bersedialah untuk menjadi orang yang paling hina sekali di hari kiamat kelak

Menjadi orang yang beriman adalah hasrat semua manusia. Namun, ianya tidaklah semudah yang dibayangkan. Tambahan pula bila mendengar firman Allah :

{Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji?} (Al’Ankabut : 2)

Jadi, bilanya mereka akan menjadi orang yang beriman selagi mereka belum diuji?

Ingatlah, ujian itu datang dengan berbagai  cara. Boleh jadi, ujian yang berat pada seseorang, ia menjadi ringan pada selainnya, begitu juga sebaliknya.

Terdapat beberapa perkara yang perlu dijaga-jaga dan ianya merupakan asas untuk layak bergelar sebagai orang yang beriman. Antaranya :

Tidak berbangga dengan dosa yang dilakukan

Melakukan dosa adalah fitrah sebagai seorang hamba. Kerana itulah Allah sentiasa membuka pintu taubat bagi mereka yang sentiasa melakukan dosa dan yang sedang bergelumang melakukan dosa.

Menceritakan dosa yang telah pun ditutup oleh Allah

Ia adalah suatu perbuatan yang terlalu buruk. Bayangkan, seseorang yang telah berzina, lalu Allah telah menutup dosanya daripada diketahui orang ramai, lalu dia sendiri menceritakan rahsia yang telah ditutup tersebut kepada orang ramai.

Semoga Allah memelihara kita daripada melakukan perkara ini. Wa’iyazubillah.

Leave a Reply