3 pesanan agar kita memelihara amalan dan lidah kita

Al-quran dan As-Sunnah merupakan tonggak utama dalam pembangunan diri seseorang hamba Allah. Namun, setelah mendapat didikan sehingga melahirkan seorang hamba yang sering memperbanyakkan amalannya, maka dua sumber ini juga meminta kepada mereka yang beramal untuk memelihara amalan mereka daripada menjadi sia-sia.

Berikut merupakan 3 mutiara yang telah dipetik daripada buku yang disusun oleh Imam An-Nawawi iaitu Riyadhu Salihin

Firman Allah : {Sesungguhnya orang-orang yang suka terhebah tuduhan-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat} (An-Nur : 19)

Dari Abu Hurairah sabda nabi ﷺ : ‘’Tidaklah seseorang hamba itu menutup keaiban seorang hamba yang lain, melainkan Allah akan menutup aibnya di hari kiamat nanti’’ (Muslim)

Dan daripada Abu Hurairah lagi nabi ﷺ bersabda : ‘’Semua umat aku akan diampunkan melainkan mereka-mereka yang menghebohkan perbuatannya di antaranya adalah seseorang beramal di tengah malam suatu amalan, kemudian Allah telah pun menutupnya sehingga keesokannya lalu dia pun berkata : Wahai fulan, semalam saya sedang buat itu dan berbuat ini, padahal Allah telah pun menutupinya semalam, tetapi pada pagi hari dia mendedahkan apa yang telah ditutup oleh Allah’’ (Bukhari & Muslim)

Leave a Reply