Saat Allah Mengisytiharkan Perang

Kredit gambar: SoldierOfAllah

Suatu yang amat menggerunkan dan merunsingkan bila mana suatu kuasa besar dunia mengisytiharkan peperangan ke atas negara kecil dan membangun seperti Malaysia, Indonesia dan lain-lain negara.

Mungkin kerana kekuatan yang dimiliki oleh mereka teramat besar dibandingkan kekuatan yang dimiliki oleh negara kecil dan membangun. Jadi banyak keputusan yang nak dilaksanakan oleh sesuatu negara yang kecil mestilah tidak menampakkan penentangan terhadap kuasa-kuasa besar.

Ini dalam hal dunia politik, cuba bayangkan sekiranya Allah SWT, pemilik seluruh alam ini yang memiliki segala kekuatan, kekuatan di bumi dan langit, penguasa alam semesta mengisytiharkan perang terhadap sesuatu pihak atau negara. Tiada tangan yang mampu menghalang kekuatan milik Allah.

Sedangkan kita tidak punya apa-apa kekuatan, tiada daya dan tiada sumber sepatutnya perlu lebih rungsing dan risau sekiranya Allah SWT mengisytiharkan perang. Tanpa diduga sebuah negara dan sesuatu pihak boleh ditumbangkan tanpa jalan yang kita sangkakan.

Apa yang menyebabkan Allah mengisytiharkan perang atau dalam erti kata lain apa penyebab Allah memerangi sesuatu negara dan sesuatu pihak walaupun tiada sebatalion tentera daripada kalangan manusia yang dihantar berperang?

Ada dua hal yang menyebabkan Allah mengisytiharan perang, satu disebut dalam Al-Quran dan satu lagi dinyatakan dalam sebuah hadis qudsi yang sohih, dalam artikel ini, cukuplah diterangkan tentang satu sebab dahulu mungkin  dalam artikel lain akan diterangkan sebab yang kedua.

RIBA 

RIBA

 RIBA

 RIBA

Dalam Al-Quran Allah berfirman:

“Oleh itu, kalau kita tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: akan adanya peperangan dari Allah dan Rasul-Nya, Dan jika kamh bertaubat maka hak kamu (yang sebenarnya) iailah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kmu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.”(Al-Baqarah:279)

Apa itu riba, saya akan menerangkan dengan lebih lanjut apa itu riba. Artikel ini hanya nak menerangkan bahawa dosa riba menyebabkan Allah mengisytiharkan perang terhadap sesuatu pihak dan negara.

Ada negara yang jatuh tanpa mana-mana negara pon yang menghantar bala tentera tetapi Allah SWT boleh membuatkan negara itu jatuh dan runtuh kerana dosa riba ini.

Sebagai contoh Greece, negara yang hebat tetapi kerana hutang dan terikat dengan riba yang membebankan negara itu diisytiharkan darurat dan muflis sehingga terpaksa meminta bantuan daripada negara-negara kesatuan eropah.

Amerika Syarikat sahaja pada tahun 2008 menghadapi suatu krisis kewangan yang terbesar ia juga disebabkan sistem riba sehingga banyak syarikat besar di sana terpaksa ditutup dan di’bail-out’ oleh kerajaan.

Semuanya kerana dosa riba. Itu kalau negara bagaimana kalau Allah isytiharkan perang pada individu sudah tentu hidupnya tidak tenteram, tanah tergadai dan yang berbaki sehelai sepinggang.

JANGAN MENGUNDANG PERANG DARI TUHAN.

Leave a Reply