Jangan lupa amalkan 2 doa ini sebelum ajal anda tiba.

Tidak terkira banyaknya doa-doa yang diajarkan oleh junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W. Semuanya menjurus ke arah pengampunan, pengharapan, syurga, keredhaan ilahi, petunjuk, hidayah dan sebagainya.

Dua doa ini dicadangkan agar ianya diamalkan oleh umat islam sebelum tiba sesuatu yang mereka tidak mampu untuk tangguh atau mempercepatkannya iaitu MAUT !!!

Pertama :

اللهم اختم لي بحسن الخاتمة ولا تختم علي بسوء الخاتمة

Ejaan rumi : Allahummakhtim li bihusnil khatimah, Wala takhtim ‘alaiya  bisuil khatimah

Maksud : ‘’Ya Allah, tamatkanlah (kehidupan) ku dengan sebaik-baik penamat dan jangan Engkau menamatkan (kehidupan) ku dengan seburuk-buruk penamat”

Kedua :

اللهم احيني بالإيمان وأمتني بالإيمان واحشرني بالإيمان وادخلني الجنة مع الإيمان

Ejaan rumi : Allahumma Ahyini bil iman wa Amitni bil iman, wah syurni bil iman, wa Adkhilnil jannata ma’al iman

Maksud : ‘’Ya Allah hidupkanlah daku dengan iman, matikanlah daku dalam iman, bangkitkanlah daku dengan iman, dan masukkanlah daku ke syurgaMu dengan iman’’

Terdapat banyak lagi doa yang kita boleh amalkan selain daripada dua doa ini. Cukuplah dengan sentiasa mengamalkan dua doa ini sebagai doa utama hari-hari kita yang berlalu. Jika kita berkemampuan untuk berdoa panjang, maka bolehlah kita sertakannya.

Leave a Reply