5 faktor mengapa kaum arab sering cari pasal dengan orang melayu

Mesir dan Jordan merupakan antara pusat pengajian tertinggi bilangan orang melayu yang belajar di sana. Jadi, apabila bilangannya tinggi maka bilangan yang akan mengalami masalah juga akan menjadi tinggi. Setiap tahun pasti kita akan menerima khabar berita sedih bahawa pelajar melayu di sana dirompak, dibuli, dipukul dan sebagainya.

Terdapat beberapa faktor yang mengundang perkara-perkara tersebut sering berlaku dan kemungkinan ada juga sebahagian faktor yang tidak dapat dielakkan oleh mereka daripada berlakunya perkara-perkara yang tidak diingini. Antara faktor-faktornya adalah :

Masyarakat yang kurang didikan agama

Tidak dapat dinafikan lagi bahawa tanah arab adalah pusat lahirnya para nabi. Kenapa? Ini kerana hanya nabi sahaja yang berkemampuan untuk mendidik hati mereka yang keras. Ramai juga dari kalangan mereka yang menerima pendidikan agama dan mempunyai akhlak yang sungguh mulia dalam kehidupan mereka. Tetapi nisbah kaum arab yang mempunyai akhlak buruk juga terlalu ramai. Ini kerana, mereka dididik oleh ibubapa mereka dengan kekerasan yang teramat! Rumah merekalah merupakan pusat lahirnya masyarakat sebegitu.

Melayu menjadi punca orang arab disumbat ke lokap

Ini menyebabkan mereka amat tidak berpuas hati dengan orang melayu. Sikit-sikit lokap! Sikit-sikit lokap! Sehingga mereka yang tidak terlibat pun boleh terkena virus lokap tersebut. Ini adalah kekuatan orang melayu di sana sebenarnya. Apabila berlaku kes kecurian atau pencabulan ke atas wanita melayu di sana, maka polislah menjadi tempat aduan utama masyarakat melayu di sana. Tindakan polis kadang-kadang amat memuaskan masyarakat melayu kita di sana.

Kurang bergaul sesama arab

20813272_1513056572094826_775295865_o

Bukan semua orang melayu kita yang bersikap sebegini di tanah arab, bahkan terdapat segelintir orang melayu kita yang aktif bergaul dengan bangsa arab sehingga dapat mengahwini anak gadis pilihan hati mereka dari kalangan arab. Tetapi, jika diperhatikan, tabiat kita sebagai orang melayu yang suka ‘melepak’ sesama melayu memang susah untuk dikikis apabila berada di rantauan. Akibat inilah kaum arab akan memandang enteng dan tidak menyukai keakraban melayu sehingga mereka merasakan diri mereka dianak-tirikan oleh kita, maka muncullah ‘kedengkian’ dari mereka untuk mengganggu keakraban kita. Sebab itulah kita dapati apabila pelajar-pelajar melayu di tanah arab berjalan-jalan secara berkumpulan, mereka akan mengganggu orang melayu.

Tubuh yang rendah

Ini adalah faktor yang tidak dapat disangkalkan lagi oleh kita. Disebabkan tubuh mereka yang kecil dan rendah berbanding kaum arab, maka ia mengundang kepada berlakunya kes buli. Kebanyakan orang melayu jika dibandingkan ketinggian mereka dengan ketinggian kaum arab, orang melayu akan mencecah bahu mereka sahaja.

Lemah berbahasa arab

Nisbah kelemahan berbahasa arab oleh orang melayu yang belajar di sana terlalu tinggi untuk dihitungkan. Ini kerana kekurangan mereka bergaul sesama arab. Akibatnya, apabila diganggu oleh kaum arab, mereka tidak mampu bersuara melainkan hanya beberapa patah perkataan sahaja. Apabila orang arab menyedari kelemahan tersebut, inilah peluang mereka untuk terus mengganggu dan mengganggu!

Inilah faktor-faktor utama mengapa orang melayu selalu dibuli oleh kaum arab. Banyak lagi faktor-faktor lain yang tidak terkira banyaknya. Wallahua’lam.

3 thoughts

  1. Mcm tak betul je…kalau tulis student msia di mesir dan jordan tu ok la juga…aku dah 2 thn lbh di qatar tak ada la pulak jd mcm ni kat melayu

  2. Mengikut pemerhatian aku yg x seberapa ni, aku boleh cakap yg most Arab mmg aggresif. Dh mmg cara depa mcm tu. Tapi once korang accepted into their society, mashaAllah layanan mmg tiptop. Akrab dan x berkira. Kesimpulannya, rajin2 bergaul dgn sapa2 pun x kira bangsa. Baru la sel sel hotak bersambung. Peace out ✌

Leave a Reply