‘Takbir Raya’ Bergema di Al-Aqsa Walaupun Bukan Hari Raya

28 Julai 2017 umat Islam Palestin berarak memasuki Masjid Aqsa sambil berteriakan dan melaungkan takbir raya.

Sayup kedengaran di langit Aqsa laungan membesarkan Allah seolah-olah mereka menyambut hari raya, sedangkan Syawal telah meninggalkan jejak.

Setiap keluarga dan segenap lapisan masyarakat berbondong-bondong bertakbir raya sambil memasuki halaman Masjid Al-Aqsa setelah beberapa hari dinafikan hak mereka untuk memasuki masjid.

Negara haram Israel telah menghalang umat Islam daripada memasuki kawasan masjid dan membuat beberapa regulasi baru kononnya untuk keamanan seperti memasang alat pengesan logam serta kamera keselamatan di setiap pintu masuk ke kawasan masjid.

Setelah desakan umat Islam seluruh dunia serta beberapa ancaman daripada negara jiran menyebabkan mereka akur dan menarik semula halangan yang dijalankan.

Umat Islam Palestin dapat kembali masuk ke dalam Masjid Aqsa dengan perasaan yang gembira dan penuh kemenangan setelah usaha-usaha dijalankan oleh pelbagai pihak termasuk para murabithin di pintu-pintu Masjid Aqsa.

Kemenangan ini disambut dengan laungan takbir sehingga ada menyangka  kiranya mereka masih lagi menyambut hari raya tetapi laungan takbir itu sebagai suatu manifestasi kemenangan umat dalam mengembalikan hak Masjid Aqsa ditangan umat Islam.

Allahu Akbar Allahu Akbar walillahil hamd.

2 thoughts

Leave a Reply