Sebab inilah yang menjadikan mereka terbaik dan terhebat!!!

Al-Quran.. Ya Al-Quran lah yang menjadikan sesuatu itu terbaik daripada kalangan yang baik-baik.

Apa buktinya?

Buktinya, apabila Allah SWT menurunkan Al-Quran dari Lauhul Mahfuz ke langit dunia dan dari langit dunia kepada Rasulullah SAW melalui perutusan Jibril AS, selama 23 tahun maka malaikat Jibril AS menjadi sebaik-baik malaikat daripada keseluruhan ratusan ribu malaikat yang wujud.

Al-Quran diutuskan kepada junjungan besar nabi kita Muhammad Rasulullah, maka baginda telah menjadi sebaik-baik Rasul dan para nabi, Allah SWT mengangkat kedudukan baginda menjadi tinggi.

Al-Quran Al-Karim diturunkan pada bulan Ramadhan maka bulan Ramadhan menjadi sebaik-baik bulan daripada bulan-bulan yang seperti mana kesepakatan ulamak dalam hal ini.

Begitu juga Lailatul Qadr adalah malam yang terbaik daripada ratusan malam yang kita pernah rasai dek kerana malam itulah turunnya Al-Quran Al-Karim.

Para sahabat RA menjadi generasi yang terbaik yang pernah wujud dalam dunia ini kerena kuatnya hubungan mereka dengan Al-Quran.

Maka kalau kita juga mahu menjadi hebat, keluarga yang terhebat, masyarakat terhebat serta negara yang terhebat maka dampinglah dengan Al-Quran, jadilah ia sebagai rujukan dan sumber inspirasi maka kita akan menjadi terhebat sebagaimana yang berlaku pada makhluk-makhluk Allah SWT yang lain.

Bukan meninggalkan Al-Quran serta membelakangkannya malah yang lebih parah apabila mengganggap mengikut Al-Quran seperti memundurkan diri ke belakang sedang semua tamadun menuju ke hadapan. Jom berdamping dengan Al-Quran.

 

 

Leave a Reply