Kenapa Aku Tidak Pernah Merasai Kemanisan dalam Beriman?

Selama umur kita mencapai akil baligh pernahkah kita merasai kemanisan saat meyakini sesuatu yang kita imani seperti dalam rukun iman. Atau merasai kehangatan cinta saat menghadap Sang Pencipta dalam sujud-sujud kita?

Semuanya dirasai seperti robot atau mesin yang bergerak tanpa punya perasaan dan roh, ia sekadar gerakan atau sesuatu yang sudah kita tahu hasil pelajaran dari para ulamak untuk kita imani tetapi ia hanya sekadar maklumat yang tidak meresap dalam jiwa mahupun membekas dalam sanubari sehingga tingkat-tingkat ketakwaan itu menjadi utuh dan kemanisan iman mula membunga.

3 Perkara kalau anda lakukan, pasti iman anda akan mula berbunga lalu membuahkan kemanisan sehingga jiwa anda terisi dan bahagia walaupun diuji dengan pelbagai mehnah dan ujian dari Allah SWT.

  1. Anda mencintai dan menyayangi Allah dan Rasul-Nya melebihi segala-galanya malah melebihi diri anda sendiri.
  2. Anda mempunyai sahabat atau teman rapat dan anda mencintainya sepenuh hati anda kerana Allah dan Rasul-Nya bukan kerana harta, rupa paras, keturunannya atau lain-lain.
  3. Anda telah melakukan dosa, dan hati anda merasa penyesalan yang teramat dan berusaha meninggalkan dosa tersebut sehingga anda merasai benci untuk kembali dicampak ke dalam neraka setelah Allah SWT telah menyelamatkan diri anda.

Sekiranya 3 perkara ini anda berjaya lakukan, maka bermulalah kehidupan anda sebagai orang yang baru, merasai kehangatan iman, datanglah ujian setinggi gunung pun, musuh seluas lautan, semuanya kecil di mata anda, pergantungan anda hanya diserah pada Rabbul Jalil.

Leave a Reply