”Bercinta hingga ke syurga” dan ”3 kali ditangguh majlis perkahwinan” Semuanya adalah cerita palsu!!!

Semalam gambar tangisan seorang wanita Palestin, Alaa Ad-Dayah telah disiarkan cerita palsu berkenaan gambarnya tersebut.

Banyak page-page dan akaun-akaun facebook peribadi yang tidak bertanggung jawab di kebanyakan negara telah menyiarkan berita palsu ini termasuklah negara kita Malaysia.

Berikut adalah luahan dan penafian wanita tersebut di akaun facebook peribadinya.

”Aku rasa sungguh terganggu apabila terserempak gambar aku digunakan hanya untuk mengumpul like dan komen.

Dalam gambar ini, aku menangis kerana apa yang telah berlaku ke atas negeri aku dan Masjidil Aqsa.

Aib sungguh kepada orang yang mereka-reka cerita palsu begini.

Tiada mana-mana individu atau page yang terlibat menyebarkan berita palsu ini memastikan daripada aku sendiri terlebih dahulu.

Diharap kepada sesiapa yang ada terlihat mana-mana page yang menyiarkan post bohong sebegini sila beritahu mereka bahawa ia adalah cerita palsu dan diminta untuk membuat report juga.” (Alaa Ad-Dayah)

Leave a Reply