Allah!! Takutnya bila 3 Anggota Badan ini diazab Allah

Gerun perasaan ini apabila membaca ayat Al-Quran, Allah SWT mengazabkan 3 anggota badan dengan azab yang pedih dan menggerunkan. Apa 3 anggota tubuh badan itu?

1.DAHI MANUSIA

2.RUSUK MANUSIA

3. BELAKANG BADAN MANUSIA

(Iaitu) pada hari dibakar emas perak (dan harta benda) itu dalam neraka jahanam, lalu diselar dahi mereka, dan rusuk mereka serta belakang mereka (sambil dikatakan kepada mereka): “Inilah apa yang telah kamu simpan untuk diri kamu sendiri, oleh itu rasalah (azab dari) apa yang kamu simpan itu” [At-Taubah:35]

Kenapa Allah SWT mengazab tiga anggota badan ini? dengan suatu azab yang menyakitkan. Dalam ayat ini Allah SWT mengaitkan dengan perbuatan mengumpul harta benda yang terdiri daripada emas dan perak sehingga mereka lalai daripada menggingati Allah SWT dan tidak mengeluarkan sedikit pun dari harta mereka untuk orang lain baik zakat mahupun sedekah.

Ketiga-tiga anggota ini amat berkait rapat dengan orang yang hidupnya hanya mencari dunia dan kekayaan untuk dirinya sendiri sehingga keadaan hidup mereka membuatkan mereka rungsing dengan harta dunia ini.

  • Mereka akan mengerut dahi mereka memikirkan harta tersebut.

 

  • Setelah rungsing itu tidak hilang, mereka mengiring rusuk mereka ke kanan dan ke kiri.

 

  • Tidak juga hilang kerisauan tentang dunia lalu mereka berbaring dengan belakang mereka diletakkan di pembaringan.

Inilah orang yang hidupnya hanya untuk mengumpul emas dan perak sehingga harta itu sendiri menjadi bahan bakar 3 anggota badan ini. Ketahuilah bahawa dunia adalah ladang akhirat.

One thought

Leave a Reply